Saturday, January 25, 2014 0 comments

DIY: Service Engine Oil, Oil Filter & Spark Plug change

Dalam entri kali inim aku akan berkongsi cara untuk servis tukar sendiri Engine Oil, Oil Filter & Spark Plug.
Tidak susah sebenarnya, cuma leceh dan malas je jadi halangan.

Apa yang perlu:
Engine Oil (Minyak Hitam) baru.
Baldi tadah minyak (Kotak ais krim pun okay).

Oil Filter baru.

Spark Plug baru.

Toolkit Kawasaki: Spark Plug Socket, Spanar  17mm.
Kawasaki dah sediakan Toolkit secara percuma, ada di bawah seat.

Spanar 8mm (Tidak disediakan dalam Toolkit Kawasaki)

Playar (Ragum kalau Banjar).
Amboi! Berkarat!

Getah O-ring (Optional).

Old Newspaper.
Kain buruk.

Step 1
Letak Old Newspaper dan kotak ais krim di bawah Engine motor.
Pastikan kotak ais krim betul-betul dibawah tempat keluar Minyak Hitam.

Step 2
Buka Plug tempat masuk Minyak Hitam, di sebelah kanan motor.
Ingat: Lawan jam, buka/longgar. Ikut jam, tutup/ketatkan.

Step 3
Buka Oil Filter Cover menggunakan Spanar 8mm.
Buka kedua-dua belah bolt sedikit demi sedikit.
Selepas longgarkan sedikit sebelah kanan, baru longgarkan sedikit sebelah kiri bergilir-gilir, untuk elakkan bolt bengkok.

Keluarkan Oil Filter Cover dan Oil Filter lama dengan berhati-hati, minyak hitam akan melimpah keluar pada masa ini.

Step 4
Longgarkan Plug Minyak Hitam menggunakan Spanar 17mm, kemudian tanggalkan Plug tersebut menggunakan tangan.
Minyak Hitam lama akan melimpah keluar.

Step 5
Sementara menunggu semua Minyak Hitam keluar, cabut Spark Plug Cable.
Buka Spark Plug lama menggunakan gabungan Spark Plug Socket dan Spanar 17mm untuk melonggarkan, kemudian tanggalkan menggunakan tangan.

Masukkan Spark Plug baru ke dalam Spark Plug Socket.
Pastikan bahagian pencucuh di belah luar.

Masukkan ke dalam lubang Spark Plug dengan menggunakan tangan, pastikan Spark Plug selari dengan lubang tersebut, jangan senget/condong.
Pasang semula Spark Plug Cable.

Step 6
Goncang atau condongkan sedikit motor, memastikan semua Minyak Hitam lama dikeluarkan.
Tutup Plug Minyak Hitam menggunakan tangan, dan ketatkan menggunakan Spanar 17mm.

Step 7
Bersihkan ruang dalam Oil Filter Cover menggunakan Kain buruk.
Pastikan Getah O-Ring pada Oil Filter Cover tidak putus, jika putus, ganti dengan baru.
Pasang Oil Filter, bahagian getah hitam belah dalam.

Pasang semula Oil Filter Cover.
Ketatkan kedua-dua belah bolt kanan dan kiri, menggunakan Spanar 8mm, sedikit demi sedikit secara bergilir-gilir.

Step 8
Masukkan Minyak Hitam baru.
Tutup semula Plug 

Kemaskan semua barang, DONE!!!
EASY HUH?!
Saturday, January 18, 2014 0 comments

SYM T2 250i

SYM?
Yes!!
Safee Yang Menunggang.
Safee Sali jafi duta SYM.

SYM, Sanyang Motorcycle. Sebuah pengeluar scooters, motorcycles dan ATVs yang diasaskan di Taiwan, dan juga berpusat di China dan Vietnam.

Di Malaysia, MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang bertanggungjawab dalam pemasangan CKD bike SYM.

Wakil jualan SYM adalah Mat Motors Sdn Bhd di Shah Alam Selangor yang dimiliki Bumiputera, menyediakan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dan khidmat bengkel kepada pelanggannya.

Kalau di Malaysia, SYM popular dengan scooter:
VTS 200
Symphony EVO 250i
Maxsym 400i

Antara semua model SYM, yang paling menarik minat aku adalah SYM T2 250i.

Kalau tengok betul-betul, rupa dia dah macam Kawasaki ER-6N.
Serupa, tapi tak sama

Di negara lain, juga dikenali sebagai SYM Wolf SB250Ni atau Dafra Next 250.

Di Brazil, SYM Wolf SB250Ni memenangi award dalam category 250 ~ 300cc Street Bike di DUASRODAS 2013 Award, dimana Honda CB 300R, Honda CBR 250R, Yamaha Fazer 250, Kawasaki Ninja 250R juga termasuk didalam finalists.

Price:
RM16,800

Specifications
Power 24.7 HP @ 7500 RPM
Torque 23.1 Hm @ 6000 RPM
Cylinders Single cylinder
Strokes 4 strokes
Displacement 250 cc
Compression Ratio 10.5:1
Fueling System EFI
Cooling system Liquid cooled
Transmission 6 speed
Top speed 150 km/h
Consumption 35 km/l
Fuel tank capacity 14 litres
ABS N/A
Seat height 790 mm
Width 1150 mm
Length 2005 mm
Weight 173 kg

Variants:
1) Yellow

2) Blue

3) Red (Color matte!! Cun!!)

4) Black

5) Matt Grey

6) White

Riding posture: Nakedbike.

Cockpit view:

Dealers & Service Centre
http://www.sym.net.my/selangor.html

Videos
Top speed: 149 km/h
0 ~ 100 km/h: 8 seconds

SYM T2 250i 360 view
 

Osyemm!! factor:
Design seakan-akan Kawasaki ER-6N, memang cun.
Standard keluar dari kilang matte color, pengeluar lain biasanya keluarkan metallic color.
Nampak besar seperti Superbike yang lebih besar cc nya.
Berat, stable bila high speed.
Walaupun bukan berjenama seperti Kawasaki, Honda atau Yamaha, ramai yang kata kualiti memuaskan.
Economy fuel consumption (35 km/l).

Aw man!! factor:
Meter ringan, tunjuk 100++ km/j, tapi actual 90++ km/j.
Body terlalu besar dan berat (173 kg) untuk orang bersaiz 'S' macam aku, dan susah sikit nak cilok2.
Jenama SYM kurang popular di Malaysia, masalah pada part availability and service support.
Re-sale value kurang.
 
;