Sunday, March 16, 2014 0 comments

Misi mencari MH370 di Pantai Timur

Kali ini, aku dan member-member bermusafir ke Pantai Timur.
Keluar daripada Zon Catuan Air dan IPU tinggi.
Ada kenduri kahwin member di Kuantan, Pahang. Bertolak dari Telok Panglima Garang.
Estimate perjalanan ambil masa selama 4 jam.
Aku ni jarang dapat pergi ke Pantai Timur, kalau keluar Selangor pun ke arah Selatan je.

Dalam perjalanan, ternampak geng-geng Naza Blade ride berdesup!!
Tak sempat nak snap pic.
Terfikir pulak, bile la aku nak ber bike besaq nie . . .

Alhamdulillah, selamat sampai ke tempat dituju.
Majlis simple, masakan kampung Kari Daging, lembut dagingnya.

Kemudian, selepas selesai makan dan bersalam dengan pengantin, kami terfikir, alang-alang dah sampai Pantai Timur ni, baik pergi redah Cherating.
Takde plan langsung, nasib baik dah standby pakaian spare.

Cherating Re-visited

Mula-mula, misi mencaricari tempat penginapan.
Hotel pertama Holiday Villa Beach Resort and Spa Cherating, RM300 sebilik --> Out of budget, reject.

Selepas itu kami singgah The Legend Cherating Beach Resort, yang menarik malam ni ade Ladies Night, siap ada gambar iklan besar amoi-amoi seksi depan jalan masuk.
Free drinks for ladies katanya, 'drinks' ape la yerr . . .
Ikutkan jiwa bujang kitorang, memang redah dulu, he hee.

Aku cadangkan hotel ni sebab hujung tahun 2012 dulu pernah datang sekali bila dapat offer Groupon, sambut New Year dengan member.
RM300 satu bilik, dua katil, sumbat 5 orang.
Memang cantik hotel ni.

Sekali tanya awek Reception bertudung hitam yang putih melepak manis orangnya.
Katanya tinggal Suite Room RM730 semalam, aduss!! --> Reject!! (Reject room tu, bukan reject awek tu hockkayy!!)
Mulut tak gosok gigi punya pasal (Terlupa nak bawa berus gigi, euww!!), kurang keyakinan nak berbicara lebih panjang.
Tapi lepas meninggalkan Reception Counter, aku menoleh semula ke belakang, awek tu tersenyum je kat aku, aku membalas senyumannya, ha ha. Menyesal tak mintak nombor telefon, DEMMITT!!!

Kami terus mencari, ternampak sign board 'Pantai Cherating'.
Ooo, di sini la agaknya main beach kat Cherating, kami terus ke arah pantai, tengok sekeliling, pantai boleh tahan, ombak lebih deras, air lautnya lagi bersih.
Berbanding pantai di area Legend Cherating Beach Resort.

Kemudian di seberang nampak ada Chalet, macam menarik je.
Ape lagi, kami terus cari jalan ke arah chalet tersebut, terjumpa Ranting Beach Resort.

Ikutkan layanan agak dingin daripada receptionist lelaki, tapi tak pe, kitorang lelaki yang cool.
Semalam RM230, sumbat 4 orang. Ada Air-Cond, TV, 2 bilik 2 katil King size, betul-betul depan pantai.
Suasana dalam bilik bukannya pada tahap terbaik.
Lantai kayu papan, risau gak kalau bobos. Sedikit berhabuk dan perabut lama.
Ok je la kot harga tu, lagipun dah malas pusing-pusing lagi, penat berjalan jauh.

Air laut tak cantik sangat, tapi buat mandi boleh la.

Berbanding dulu masa pergi pantai dekat dengan Legend Cherating Beach Resort, nampak tak bersih, berbuih-buih. Ombak pon tak kuat.

Tapi yang peliknya ada nampak orang bawak Surfing Board, padahal kalau tengok kekuatan ombak tak de la layak dibuat main Surfing.

Tiba malam, of course perut dah laapar.
Maka merayaplah lagi kami berempat, dalam kereta Myvi ni.
Kami terus jalan sampai ke pintu gerbang sempadan Pahang dan Terengganu, bandar Chukai.
Antara deretan kedai makan terakhir berhampiran. kami pilih salah satu kedai yang ada bukak TV tayang bola, Pahang vs Terengganu.
Memang cantik la, kami berada ngam-ngam sempadan antara Pahang dan Terengganu, what a coincident.

Menu utama kedai itu antaranya adalah seafood set RM59:
Set untuk 4 orang ada Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa, Kailan Ikan masin, Sayur Campur, Daging Masak Merah.
Harga ini tak termasuk air dan Nasi Kosong.
Rasa pun sedap, puas hati, alhamdulillah.
Kenyang tambah mengantuk, apa lagi, rebahlah daku ke katil yang empuk dan bilik yang dingin ber Air-cond tersebut.


Besok paginya, selepas terjun ke pantai sekali lagi, kami merayap lagi mencari sarapan pagi.

Teringat kenangan 2 tahun lepas, aku pernah datang dengan member.
Cuba cari kedai makan sampai ke Kemaman, Terengganu.
Redah sampai kami terjumpa kedai makan sebelah Klinik Kesihatan Kemaman.
Kali ni kami ke sana juga.

Aku boleh ingat tempat makan tu sebab masa makan 2 tahun lepas dulu, ada nurse lawa datang beli makanan, he hee.
Kalau nurse, boleh je simpan dalam memori bank aku yang kurang stabil seumpama Electro Valence ni.
Mamat berbaju hijau tu dah kahwin, still nak menggatal dengan anak Mak Esah, he hee.

Kedai tu ada jual macam-macam lauk:
Nasi Kerabu Rendang Daging, Nasi Dagang, Pulut Kuning, Nasi Kukus Ayam, Nasi Lemak Lauk Ikan, Laksa dan lain-lain.
Ada yang bungkus dalam plastik kecil, harga murah sedikit.

Kali ini aku nak try Nasi Kukus Ayam Mak Esah (RM6.50) dengan Milo Suam Kurang Manis (RM1.50).
Walaupun aku dah minta Milo Kurang Manis, still manis Milonya.
Takpe, anak Mak Esah yang berbaju kurung purple tu manis orangnye, ha ha.

Ayam besar!! Memang puas. Alhamdulillah.

Tapi aku rasa,masa aku datang 2 tahun lepas, harga lagi murah,
Milo Suam Kurang Manis tak sampai RM1.00 kot.
Maybe sebab anak daranya makin manis, maka naik sikit harganya kot, ha ha.
Yang peliknya anak Mak Esah yang berbaju kurung purple tu, kecek Qlate pekat, tapi this is Terengganu.

Sudah kenyang, kami terus merayap kembali ke arah Cherating.
Kali ni kami nak ushar Club Med Cherating Beach Hotel pulak.
Khabarnya, jenama Club Med ni kira tempat eksklusif.
Di Malaysia da satu sahaja, di Cherating.
http://www.clubmed.com/cm/jsp/clubmed_welcome.jsp

So aku memang curious and menggatal nak tengok Minah Salleh (Setan datang lagi!!).
Sampai ke pintu masuk, ada Guard Post, alamak, snap pic kat luar je la.

Ombak di kawasan ni lebih tinggi dan deras.
Pantai lebih bersih, maybe sebab tak ramai yang datang area ni.

Bersebelahan Club Med Cherating Beach Hotel ada Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu Cherating.
Masuk percuma, tapi tak sempat nak singgah, sebab dah nak dekat time untuk Check Out.

Selepas itu, kami sambung merayap lagi, mencari buah tangan atau cenderahati.
kalau tak beli apa-apa, nanti ape orang kata . . .

Antara hasil tangkapan pada hari tersebut:
Keropok Lekor Terengganu, boleh makan camtu je, tapi goreng lagi sedap.

Dodol Daun Nipah. Bagi aku Dodol ni paling sedap.

Selain itu ada juga makan Satar, isinya ikan. Oleh kerana sedap, satu pun tak tinggal untuk dibawa pulang, ha ha.

Lastly, kami pulang ke resort and Check Out.

Dalam perjalanan pulang ke Selangor, terserempak dengan geng-geng convoy Vespa.
Terfikir sekali lagi, bile la aku nak ber bike besaq nie, boleh ride jauh-jauh dengan member-member . . .



Ehh!! Mana MH370 nye?!
Sunday, March 9, 2014 2 comments

Keeway RKV 200G


Dipasang di Bukit Beruntung, Selangor, oleh BKM atau Benelli Keeway Motorcycles Sdn. Bhd. (Dulu dikenali Autoworks Assembler Sdn. Bhd.).

BKM adalah syarikat joint venture dengan QianJiang Group of China (Salah satu pengeluar dan penjual bike yang besar di China) memegang saham sebanyak 20%.
QianJiang Group of China memiliki syarikat pembuatan motorsikal terkenal di Europe, Keeway (Based in Hungary) dan Benelli (Based in Italy).

Jadi, design Keeway RKV 200G is more to European Naked bike style.

Single cylinder 200cc engine dilengkapi dengan Roll Axis untuk mengurangkan gegaran.

Ciri-ciri istimewa:

Telescopic Inverted Fork yang tahan lasak, sesuai untuk semua keadaan jalan.
Tayar daripada Pirelli.

Tempat duduk rider dan pembonceng yang bersambung.

Gabungan Analog tachometer dan Digital Speedometer.

Design rear light yang moden: Triple line LED.

Kapasiti Fuel Tank yang besar, 17 litres.

Price:
RM7,600

Specifications
Power 16 HP @ 9000
Torque 14.5 Nm @ 6000 RPM
Cylinders Single cylinder
Strokes 4 strokes
Displacement 200 cc
Compression Ratio 9.5:1
Fueling System Carburetor
Cooling system Oil cooled
Transmission 5 speed
Top speed 135 km/h
Consumption 32 km/l
Fuel tank capacity 17 litres
ABS N/A
Seat height 770 mm
Width 830 mm
Length 2090 mm
Weight 125 kg

Variants:



1) Black

2) White

Riding posture: Nakedbike.

Videos
Exhaust/engine sound.

Keeway RKV 200G review from iz0901

Osyemm!! factor:
Murah!! (RM7.600)
Fuel Tank besaq (17 litres)!!
Seat high rendah (770 mm), lebih selesa untuk penunggangan di bandar dimana kerap berhenti untuk traffic light.
Telescopic Inverted Fork, lebih tahan lasak.
Ringan, senang nak cilok-cilok kalau bawak dalam traffic jammed.
Economy fuel consumption (35km/litres).

Aw man!! factor:
5 speed --> Tak cukup puas nanti, percayalah.
Design kurang menawan (Beauty is in the eye of the beholder).
Re-sale value kurang.
200cc (Nak 50cc lagi, alang-alang baik fully utilize lesen B2).
Top Speed, 135 km/h. Kawasaki RR (150cc), Yamaha LC (135cc) pon boleh tapau katenyerr.
Jenama Keeway kurang popular di Malaysia, masalah pada part availability and service support.

The Chick? Or the bike?
Ah Moi!!!
 
;