Saturday, November 30, 2013 0 comments

Ninja 250R 2013

Berbeza dengan Generation ke-4 yang sebelumnya (2008 - 2012), Kawasaki Ninja 250R Generation ke-5 (2013) tampak lebih garang dan banyak improvement telah dilakukan oleh Kawasaki.

Dipasang (CKD) di Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd., Glenmarie, Shah Alam (Ada assemble Kawasaki ER-6N juga).

Ciri-ciri istimewa:

1) Design Dual Headlight yang lebih complicated dan garang, Multi Reflector untuk illuminasi pada tunggangan malam.

2) Floating Style Windscreen, sama seperti Ninja ZX-10R, menggunakan Side Mirrors untuk mount pada Headlight.

3) Cockpit: Meter Sporty, colorful, Tachometer besar dan banyak notifications lain.

4) Y Shaped, 10 Spoke Wheels: Design rim seperti Ninja ZX-14R. Rear Tyre saiz besar, 14mm, baru nampak seperti big-bike.

5) Tangki minyak yang besar (17 litres) dan melengkung ke depan, banyak ruang untuk penunggang (Space untuk perut yang boroi, hi hii)

6) Parallel Twin Engine: Liquid cooled, torque yang responsive pada RPM rendah dan sederhana, kuasa pecutan tinggi pada RPM tinggi. Menghasilkan output sehingga 32HP.

7) Circuit Developed Diamond Frame: Chasis yang keras dan stabil.

8) Dual Throttle Valves: Kawalan Air Intake yang lebih tepat, pembakaran lebih efisyen.

9) Di inspirasi daripada Ninja ZX-14R, Bukaan angin yang besar, design fairing bentuk sirip membantu dalam pengaliran udara dan pelepasan haba ketika bergerak.
Radiator Fan Cover: Mengatasi masalah versi Ninja 250R yang sebelumnya. Penunggang tidak lagi merasa panas di bahagian kaki. Menghalakan haba ke arah jauh daripada kaki penunggang.

10) Petal Disc Brake: Sporty dan Stopping Power meyakinkan. Optional ABS juga ada.

Price

Standard: RM23,000

Specifications
Power 32 HP @ 11000 RPM
Torque 21 Nm @ 10000 RPM
Cylinders Twin Parallel
Strokes 4 strokes
Displacement 249 cc
Compression Ratio 11.3:1
Fueling System EFI, Dual Throttle
Cooling system Water
Transmission 6 speed
Top speed 170 km/h
Consumption 25 km/l 
Fuel tank capacity 17 litres
ABS Optional
Seat height 785 mm
Width 715 mm
Length 2010 mm
Weight 172 kg

Variants:

1) Lime Green

2) Pearl Stardust White

3) Passion Red

Riding posture: Sportbike.

Videos

Review: Top speed boleh cecah 167km/j!! dari Rafi Superbike

Review: By Malaysian Riders.

Ninja 250R Generation ke-5 (2013) vs Generation ke-4.
Hmm, macam banyak kutuk yang baru je, fikir-fikirkanlah.

Osyemm!! factor:
Cantik, menarik, tertarik, kau memang da' bomb!!
Parallel Twin engine: 2 cylinder
Kawasaki beb!! Quality terjamin.
Seat high rendah (785 mm), lebih selesa untuk penunggangan di bandar dimana kerap berhenti untuk traffic light.
Fuel Tank besaq (17 litres)!!

Aw man!! factor:
Mahal!! (Kawasaki beb!! Barang baekk!!)
Berat!! (168kg)
Fuel consumption tak economy (Lerr, twin cylinder la katakan)

Polis pon pakai Ninja 250R.
Demmitt!!! Jeless beb!!
Rezeki diorang, berkhidmat untuk negara.
Sunday, November 24, 2013 1 comments

KTM DUKE 200



Kraftfahrzeug Trunkenpolz Mattighofen
  • Kraftfahrzeug bermaksud 'motor vehicle' dalam Deutsch.
  • Trunkenpolz adalah nama founder, Johann (Hans) Trunkenpolz.
  • Mattighofen adalah satu bandar in Austria, dimana terletaknya kilang asal KTM.
Karffkrufftrunkkkk . . . . hhhakkthuiiihh!!
Susah nak sebut kan . . .
Just KTM, or KeTaM, or Keretapi Tanah Melayu sudeyyy, ha ha!

Pengeluar motosikal yang kedua terbesar di Eropah, KTM dan Motonation Manufacturer Sdn Bhd bekerjasama untuk membina sebuah kilang pemasangan KTM di Wilayah Ekonomi Koridor Utara Malaysia di Kedah.

Kilang itu merupakan kilang operasi pemasangan tempatan (CKD) KTM yang pertama dibina di luar Austria, dan bermatlamat untuk memenuhi permintaan perkhidmatan bagi pasaran Asia Tenggara. Dua model pertama yang dipasang di kilang tersebut adalah motosikal KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke.

Orange trandemark KTM, ingatkan made in Holland.
Alaa, tau2 je la . . .
Orange --> bola --> Holland --> Robin Van Persie

Kalau tak tau amende KTM ni . . .
Pernah tak bila korang lepak tengok MUFC vs Chelsea kat Asian Cafe, korang ternampak bike ni parking kat depan?

Yeah!! It is DUKE!! KTM made DUKE 200.

Ciri-ciri istimewa:

Memang senang nak perasan apa nama bike ni, dengan tulisan gedabak, Caps Lock, 'DUKE'.
Obviously DUKE!!

DUKE??
Teringat dengan . . .
The Dukes of Hazzard --> The General Lee
Aik?! Orange gak? What a coincident!!
Memang semat kete ni, taste aku.

Ku cari-cari kemana perginya exhaust DUKE ni . . .
Wahlauuu! Bawah engine.
Exhaust ni digelar Under Belly Exhaust, dan KTM claimed yang exhaust ni 'water proofed':
Under belly exhaust for KTM DUKE 200

Nampak tak ada 3 jibik DUKE kat dalam video tadi?
Hmm . . . sponsored by KTM?

LED tail light and signal lamp.

Antara ciri-ciri- menarik yang lain, KTM installed sensors almost everywhere, membuatkan cockpit DUKE sangat informative:

1) Side stand down ('Tongkat' down?)
2) Ready to race!! ~> Tagline KTM
3) Average speed
4) Consumption
5) High coolant temperature ~> Hak ni den soramm melihatnye
Video mengenai meter KTM DUKE 200:

Price
Standard: RM18,900
ABS: RM21,900

Specifications

Power 25 HP @ 10000 RPM
Torque 19 Nm @ 8000 RPM
Cylinders Single Cylinder
Strokes 4 strokes
Displacement 199.5 cc
Compression Ratio 11.3:1
Fueling System EFI
Cooling system Liquid
Transmission 6 speed
Top speed 138 km/h
Consumption 35 km/l 
Fuel tank capacity 11 litres
ABS Optional
Seat height 800 mm
Width 730 mm
Length 2050 mm
Weight 129.5 kg

Variants:
1) Orange

2) White

3) Black (Not available in Malaysian market . . . sayangnya, hitam itu keunggulan)

Riding posture: Nakedbike

Cockpit view:

Dealers & Service Centre
http://ktmmalaysia.com.my/dealer/

Videos

KTM DUKE 200 Malaysia Club First Ride:

Top speed, boleh cecah 165 km/h dengan cutoff and modifications: 

Osyemm!! factor:
Design Naked bike yang cun, nakal!!
Meter pada cockpit yang informative.
Kalau miliki dan ride DUKE, akan digelar sebagai "DUKErs" (Cool gak!!).
Ringan, senang nak cilok-cilok kalau bawak dalam traffic jammed.
Economy fuel consumption (35km/litres).
Pick up mantap, senang nak willy or other stunts.

Aw man!! factor:
200cc (Nak 50cc lagi, alang-alang baik fully utilize lesen B2).
Orang selalu bising pasal Top Speed, 138 km/h, Kawasaki RR (150cc), Yamaha LC (135cc) pon boleh tapau katenyerr.
Sangat ringan - kurang stabil pada kelajuan tinggi.
Agak mahal untuk bike 200cc.
Jenama KTM baru lagi di Malaysia, masalah pada part availability and service support.
Early batch ada complaint pasal oil leaking, minyak hitam cepat kering dll.

Cool gak la bike ni!!

And lastly, also featured in Music Video.
Kaka & Zizan - Bawaku Pergi


Osyemm!!!
Wednesday, November 20, 2013 0 comments

ASB Haram atau Halal?

ASB (Amanah Saham Berhad), ASN (Amanah Saham Nasional) dan ASW (Amanah Sawan Wawasan) adalah antara bentuk pelaburan yang popular di Malaysia, terutapa pada orang Melayu Islam kita ini.

Tapi ada yang mempertikaikan Haram atau Halal pelaburan tersebut.

Sebagai orang Islam, janganlah serahkan hal akidah pada orang jahil agama.

Daripada tanya orang sembarangan atau buat sebarang assumption, lebih baik kita rujuk ahli-ahli ulamak.

1) Ustaz Zaharuddin

Kenyataan yang paling jelas bagi aku:

"Suruhanjaya Sekuriti setaraf dengan Bank Negara.
Bank Negara menjaga semua bank-bank dan insurans.
Suruhanjaya Sekuriti, tahapnya adalah bank Negara yang menjaga pelaburan-pelaburan.
Ada Jabatan Permodalan Islam yang menjaga pelaburan halal dan haram.
Mereka diberi mandat oleh kerajaan untuk menggazetkan mana yang halal atau patuh syariah.
Tak patuh syariah adalah "Bahasa Lembut" kepada tidak halal.

ASB bila dirujuk pada Suruhanjaya Sekuriti, tidak tersenarai sebagai harus atau patuh syariah.

Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu badan yang paling tidak ada kuasa sekali.
Keputusan yang mereka keluarkan dalam bentuk advisory, berbanding Majlis Fatwa Negeri lebih berkuasa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kerana Majlis Fatwa negeri boleh menggazetkan, boleh mengtaqninkan, boleh menjadikan undang-undang.

Justeru yang paling boleh diikuti adalah Suruhanjaya Sekuriti."


2) Ustaz Ahmad Dusuki

"Penduduk Selangor: Ikut Majlis Fatwa Negeri Selangor, Haram.
Penduduk Kuala Lumpur: Ikut Majlis Fatwa Kuala Lumpur, Halal.
Majlis Fatwa Kebangsaan kata Halal."

Apa nak buat pada dividen ASB yang difatwa haram:

"Bagi yang fatwa dividen Haram, dividen ASB boleh bagi kepada masjid, rumah anak-anak yatim, dibelanjakan untuk kegunaan awam bukan kegunaan individu (Tandas, pagar etc.)."


3) Ustaz Azhar Idrus

"Kalau Syubhah gini, ragu gini, maka kita tiggallah, cari benda yang yakin"


4) Ustaz Zulkifli Ahmad (Start from 2:13)

"Riba itu Haram pada pemakan riba dan yang buat urusan riba.
Riba itu tidak Haram pada pihak lain, yang tidak ada kena-mengena dengan urusan riba itu."

"Ambil modal, tapi dividen jangan digunakan."



5) Yang Berbahagia Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)

"PNB berperanan besar untuk memastikan aset negara dimiliki orang Islam.
Syarat telah ditentukan supaya tiada sebarang pelaburan dalam judi dan arak.
Kebanyakan kaunter-kaunter mereka yang lain, anak-anak syarikat mereka semua ada penasihat syariah.
Tetapi oleh kerana wang PNB ini besar, risikonya aset pemilikan orang Islam yang berbilion jika ditarik balik, meruntuhkan rangkaian kekuatan orang Islam di Malaysia.
Dan pemilikan terhadap syarikat-syarikat utama yang menentukan negara.
Maka kita bersetuju di atas darurat, di atas keperluan ini, boleh umat Islam untuk menyokong mereka.
Tetapi mereka sendiri mestilah menubuhkan Panel Syariah.
Untuk memastikan apa yang dikatakan darurat terkawal."


6) Ustaz Wan Ji

Hujah Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Selangor:
"Apabila bercampur yang Halal dan Haram, diberatkan kepada Haram"

Hujah Majlis Fatwa Kebangsaan:
"Yang banyak mendominasi yang buruk, yang buruk tidak mendominasi yang banyak, maka yang banyak itu baik, maka hukumnya Halal"

"Ambil jalan selamat, tidak terlibat dari awal"


7) Ustaz Mohd Hadi Talihah

" Kita ambil hak yang keluar dari khilaf, makna kata kita tak payah lah.
Bimbang-bimbang, hukumnya Haram."


Berdasarkan hujah-hujah dari mereka yang berilmu, fikir-fikirkanlah . . .
Saturday, November 16, 2013 0 comments

NAZA Hyosung Blade 250R

Introducing . . . Ultraman!!
Setailll ah bike ni!!

Selalu kita dengar, Blade ni Hyosung yang buat.
Okay, apa kaitan NAZA dengan Hyosung?


NAZA Bikes Sales and Distribution Sdn Bhd adalah pengedar tunggal untuk model-model GT Comet (NAZA Blade series) dan GV Cruisers (NAZA Cruise series) di Malaysia.

NAZA Bikes Sdn Bhd (Dibawah NAZA Group Of Companies) memasang model-model tersebut di Malaysia (Seksyen 13, Shah Alam) daripada parts-parts yang dibeli daripada Hyosung.

Bike ni besar gak, kalau orang tak kenal bike ni memang ingat Superbike ber cc lebih besar daripada 250cc.

Tips yang berguna kalau nak beli second hand ~> Click Here

Salah satu review yang sangat informatif daripada pemilik Blade 250R ~> Click Here

Ciri-ciri istimewa yang tidak dimiliki oleh pesaing yang lain (Kawasaki Ninja 250R, Honda CBR 250R):

1) Design lampu Headlamp yang tersendiri

2) Double Disc Front Brake, ada additional braking power berbanding bike yang lain.

3) Upside Down Telescopic Fork (Adjustable compression dan Rebound Damping) 

4) Adjustable Foot Rest, ada 3 mode (Ninja 250R! CBR 250R! Engkau ade?!?)
Kalau Long Distance driving boleh rendahkan, kalau nak cornering boleh tinggikan.

Price
Standard: RM18,900
ABS: RM21,900

Specifications

Power 26.3 HP @ 10500 RPM
Torque 22.69 Nm @ 8000 RPM
Cylinders V-twin (75 degree)
Strokes 4 strokes
Displacement 249 cc
Compression Ratio 10.3:1
Fueling System EFI
Cooling system Oiled cooled
Transmission 5 speed
Top speed 175 km/h
Consumption 30 km/l
Fuel tank capacity 17 litres
ABS N/A
Seat height 780 mm
Width 655 mm
Length 2060 mm
Weight 176 kg

Variants:

Black, Red-Silver (Ultraman!!), Red-White
LED Back Light

White

White-Black (GTR 2013)

TBR 2013 (Two Brother Racing), version paling baru, paling cun.
Jom cuci mata.
Blade TBR 250R adalah debut partnership antara NAZA Bikes dan TBR Asia. Terdapat dalam variasi 250cc dan 650cc.
Dengan versi TBR ni, dikatakan peningkatan sebanyak 5% HP (27.6 HP).
Versi TBR 250R ni ada di Malaysia sahaja, khas daripada NAZA.

Riding posture: Sportbike

Cockpit view:

Dealers & Service Centre
NAZA BIKES SDN. BHD.
No. 15, Jalan Utas 15/7,
Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor

Phone number: +60 (0)9 631-2911

Videos

Bunyi engine/exhaust V-twin:

NAZA Blade TBR 2013 engine/exhaust sound:

Sepang F1 Track Performance:

Osyemm!! factor:
Headlamp design yang tersendiri berbeza dengan design bike 250cc yang lain.
Berat, stable bila high speed.
Nampak macam Superbike yang lebih besar cc nya.
V-twin engine, bunyi sedap, engine cukup berkuasa bagi 250cc.
Fueltank besar (17 litres, boleh sampai Johor Bahru dari Subang Jaya one shot nie . . . kalau larat).
Harga lebih murah berbanding pesaing-pesaingnya.
3 mode Foot Rest.
Upside Down Telescopic Fork.
Double Disc Front Brake.

Aw man!! factor:
Body terlalu besar dan berat (176 kg) untuk orang bersaiz 'S' macam aku, dan susah sikit nak cilok2.
Re-sale value kurang.
Banyak complaint mengenai masalah wiring.
Part NAZA selalunya mahal (Assumption orang ramai).

Kalau betul-betul serius nak upgrade bike lebih besar, Blade 250R adalah platform terbaik sebagai persediaan.
 
;