Wednesday, November 20, 2013

ASB Haram atau Halal?

ASB (Amanah Saham Berhad), ASN (Amanah Saham Nasional) dan ASW (Amanah Sawan Wawasan) adalah antara bentuk pelaburan yang popular di Malaysia, terutapa pada orang Melayu Islam kita ini.

Tapi ada yang mempertikaikan Haram atau Halal pelaburan tersebut.

Sebagai orang Islam, janganlah serahkan hal akidah pada orang jahil agama.

Daripada tanya orang sembarangan atau buat sebarang assumption, lebih baik kita rujuk ahli-ahli ulamak.

1) Ustaz Zaharuddin

Kenyataan yang paling jelas bagi aku:

"Suruhanjaya Sekuriti setaraf dengan Bank Negara.
Bank Negara menjaga semua bank-bank dan insurans.
Suruhanjaya Sekuriti, tahapnya adalah bank Negara yang menjaga pelaburan-pelaburan.
Ada Jabatan Permodalan Islam yang menjaga pelaburan halal dan haram.
Mereka diberi mandat oleh kerajaan untuk menggazetkan mana yang halal atau patuh syariah.
Tak patuh syariah adalah "Bahasa Lembut" kepada tidak halal.

ASB bila dirujuk pada Suruhanjaya Sekuriti, tidak tersenarai sebagai harus atau patuh syariah.

Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu badan yang paling tidak ada kuasa sekali.
Keputusan yang mereka keluarkan dalam bentuk advisory, berbanding Majlis Fatwa Negeri lebih berkuasa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kerana Majlis Fatwa negeri boleh menggazetkan, boleh mengtaqninkan, boleh menjadikan undang-undang.

Justeru yang paling boleh diikuti adalah Suruhanjaya Sekuriti."


2) Ustaz Ahmad Dusuki

"Penduduk Selangor: Ikut Majlis Fatwa Negeri Selangor, Haram.
Penduduk Kuala Lumpur: Ikut Majlis Fatwa Kuala Lumpur, Halal.
Majlis Fatwa Kebangsaan kata Halal."

Apa nak buat pada dividen ASB yang difatwa haram:

"Bagi yang fatwa dividen Haram, dividen ASB boleh bagi kepada masjid, rumah anak-anak yatim, dibelanjakan untuk kegunaan awam bukan kegunaan individu (Tandas, pagar etc.)."


3) Ustaz Azhar Idrus

"Kalau Syubhah gini, ragu gini, maka kita tiggallah, cari benda yang yakin"


4) Ustaz Zulkifli Ahmad (Start from 2:13)

"Riba itu Haram pada pemakan riba dan yang buat urusan riba.
Riba itu tidak Haram pada pihak lain, yang tidak ada kena-mengena dengan urusan riba itu."

"Ambil modal, tapi dividen jangan digunakan."



5) Yang Berbahagia Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)

"PNB berperanan besar untuk memastikan aset negara dimiliki orang Islam.
Syarat telah ditentukan supaya tiada sebarang pelaburan dalam judi dan arak.
Kebanyakan kaunter-kaunter mereka yang lain, anak-anak syarikat mereka semua ada penasihat syariah.
Tetapi oleh kerana wang PNB ini besar, risikonya aset pemilikan orang Islam yang berbilion jika ditarik balik, meruntuhkan rangkaian kekuatan orang Islam di Malaysia.
Dan pemilikan terhadap syarikat-syarikat utama yang menentukan negara.
Maka kita bersetuju di atas darurat, di atas keperluan ini, boleh umat Islam untuk menyokong mereka.
Tetapi mereka sendiri mestilah menubuhkan Panel Syariah.
Untuk memastikan apa yang dikatakan darurat terkawal."


6) Ustaz Wan Ji

Hujah Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Selangor:
"Apabila bercampur yang Halal dan Haram, diberatkan kepada Haram"

Hujah Majlis Fatwa Kebangsaan:
"Yang banyak mendominasi yang buruk, yang buruk tidak mendominasi yang banyak, maka yang banyak itu baik, maka hukumnya Halal"

"Ambil jalan selamat, tidak terlibat dari awal"


7) Ustaz Mohd Hadi Talihah

" Kita ambil hak yang keluar dari khilaf, makna kata kita tak payah lah.
Bimbang-bimbang, hukumnya Haram."


Berdasarkan hujah-hujah dari mereka yang berilmu, fikir-fikirkanlah . . .

0 comments:

Post a Comment

 
;